Saturday 18 October 2014

Pertandingan Bowling antara keluarga Bukit Indah Fasa 2

Ini merupakan aktiviti pertama yang cuba dianjurkan selepas majlis jalinan muhibbah yang telah berjaya menarik lebih dari 30% kehadiran penduduk BIF2. Tetapi sebagai projek tunas, anjurannya ini agak tertutup dan hanya terbuka kepada kenalan rapat ahli jawatan kuasa penyeleras komuniti BIF2. Tujuan utama adalah lebih kepada  untuk memcari tenaga-tenaga pengerak yang dirasakan mampu mengerakkan aktiviti-aktiviti yang besar dan yang mempunyai impak yang lebih bermakna kepada masyarakat komuniti BIF2 disamping bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama penduduk.

 

Bermula dengan cetusan ilham pada malam 11/10/2014, ketika majlis makan-makan yang diadakan dibelakang rumah Dr. Pee, Satu barisan AJK telah dilantik dan satu mesyuarat khas telah diadakan pada 18/10/2014 dirumah En. Kasim Selamat. Beberapa perkara penting telah diputuskan dan antara yang mendapat  persetujuan semua ajk adalah tarikh pertandingani iatu pada 29/11/2014. 

Penyertaan setakat hari ini adalah seramai 42 orang dewasa dan 9 kanak-kanak. Kutipan sebanyak RM 20.00 dipersetujui sebagai bayaran penyertaan setiap perserta. Sebahagian dari kutipan ini akan digunakan untuk penyedian hadiah. Walaupun tanpa sponsor, insyaallah , kita akan cuba menyediakan hadiah-hadiah menarik unuk para pemenang.

Semoga Allah memberkati segala usaha kebajikan yang membawa kebaikan. Insyaallah

Wassalam.

Mukadimah

Assalammualaikum,

 Timbul dibenak hati untuk menukilkan setiap peristiwa dan kisah yang menarik sepanjang kehidupan berjiran di Taman Bukit Indah, Ampang Selangor membawa saya membuka blog ini. Blog ini diharap dapat menjadi jambatan rentasan masa mengimbas kembali gelak ketawa, suka-duka dan masa-masa indah menjadi penghuni deretan rumah-rumah di taman yang indah dan permai ini.

Blog ini terbuka kepada semua untuk memaparkan peristiwa dan kisah kejiranan untuk tatapan penduduk bukit indah dan sekitarnya. Namun haruslah dielak sebarang perkara yang mengeruhkan suasana terutama fitnah. 

Wassalam

Insyaallah blog akan diselenggara dan dikawalselia  oleh saya,Sulong Abu Samah, Jalan 2/14 Taman Bukit Indah, Ampang.